Pegang anjing dan babi..
HARAM atau TIDAK ??
Pernah sekali, terbit gambar seorang sukarelawan wanita Islam kita memandikan seekor anjing jalanan.. Dalam satu kerja-kerja amal.. Dan kelihatan dia begitu mesra sekali membasuh akan anjing itu..
Gambar itu meletop di facebook, dan biasalah komen NEGATIF, caci maki dan menghukum yang diterima..
Apabila kita pegang anjing, rata-rata masyarakat akan memandang lekeh kepada kita.. Mengata itu ini..
Ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz di sekolah rendah dan juga menengah telah mengajar kita semua yang najis itu ada 3 bahagian. Yang paling berat adalah najis Mugholazaoh, yakni anjing dan babi..
Jika terkena sentuh mana-mana bahagian anjing/babi, maka kita hendaklah bersuci dengan samak..
Yang menjadi HARAM bagi kita ialah MEMAKAN ANJING/BABI, walau mengenakan cara sembelihan Islam..
1- Memegang anjing dan babi itu tidak HARAM, kalau kena boleh samak sahaja. Malangnya, bila jumpa anjing, aku lari, sebab TAKUT KENA GIGIT.. (^_^)
2- Memegang najis itu boleh disucikan, kerana tidak HARAM. Memegang tangan MAKWE/PAKWE itu terang lagi berspotlight HARAM.. Tiada cara nak menyucikan dosa HARAM menyentuh bahagian anggota bukan muhrim, kecuali dengan BERTAUBAT!!
3- Ulama juga telah menggariskan penetapan Hukum HARUS untuk memelihara anjing di rumah, antaranya :
- A - sebagai binatang pemburu..
- B- untuk menjaga keselamatan rumah/keluarga..

